Hadis Rasulullah SAW:
" Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggotanya. Jika seketul daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Dan daging yang dimaksudkan ini adalah hati."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Para ulama ada menyenaraikan 3 jenis hati yang patut kita ketahui supaya kita boleh kenali keadaan hati kita.
1. Qalbun Sahih (Hati yang Suci)
2. Qalbun Mayyit (Hati yang Mati)
3. Qalbun Maridh (Hati yang Sakit)
HATI YANG SEHAT DAN BAIK
Hati yang Suci sudah semestinya hati yang bersih daripada segala gangguan yang boleh menyebabkan pemiliknya melanggar perintah Allah SWT. Apa sahaja yang dilakukan oleh pemilik Qalbun Sahih adalah kerana Allah. Jika dia membenci sesuatu, bencinya kerana sesuatu yang tidak disukai Allah SWT. Jika dia menyintai sesuatu, cintanya juga kerana Allah SWT. Tidak langsung bersifat keduniaan.
HATI YANG MATI
Pemilik Hati yang Mati tidak mengenal Penciptanya. Pemiliknya adalah mereka yang tidak mahu keredhaan Allah. Qalbu mereka dikuasai nafsu dan syaitan yang kedua-duanya sentiasa bekerjasama untuk merebut tempat penguasaan dan kemudiannya mengawal tindak tanduk manusia. Pemiliknya juga akan dicorakkan dengan sifat-sifat mazmumah. Tindakan mereka dilakukan kerana mengikut nafsu. Pemilik hati ini tidak mahu mendengar nasihat, telinga ditutup dan tidak mahu menghadiri majlis ilmu.
HATI YANG SAKIT
Pemilik Qalbun Maridh masih mempunyai kehidupan tapi menyimpan benih-benih penyakit. Kadangkala pemiliknya hidup sihat tetapi ada ketikanya mereka masih mengutamakan dunia, ikut nafsu, tamak, dengki, takabbur, ujub dan riyak. Asalnya pemiliknya mempunyai 2 motivasi. Satunya, mengajak kepada Allah dan Rasul serta mencari kebahagiaan di akhirat. Yang kedua adalah menuju kepada kehidupan dan kebahagiaan dunia yang sifatnya sementara. Jadi mereka akan cenderung memilih dan mengikut pengaruh yang lebih kuat. Namun golongan pemilik Qalbun Maridh masih berada di pertengahan dan masih boleh dirawat.

Antara tanda-tanda hati yang sakit adalah:
1. Memiliki sifat marah
2. Riyak
3. Bakhil
4. Kejam dan zalim
5. Benci
6. Hasad Dengki
7. Berat melakukan ibadah
8. Sombong
Jika ada antara di atas itu merupakan simptom yang kita alami, maka sama-samalah ubatinya.
1. Sentiasalah bersangka baik dengan semua orang yang kita kenali samada baru kenal mahupun sudah lama kenal.
2. Jika masih mempunyai hasad dengki, buanglah sikap hasad dengki itu. Memang susah sebab perasaan itu sangat halus kewujudannya. Hanya kita sahaja yang akan menyedarinya. Tak apa. Mulakan dengan NIAT untuk mengikis sikap hasad dengki ini.
3. Banyakkan mengukir senyuman. Kadang-kadang bila kita senyum pada orang lain walaupun kita tak pernah kenal orang tu pun, kita akan rasa tenang. Boleh cuba. Sambil berjalan menuju ke kelas atau ke tempat kerja setiap hari, senyum pada setiap orang yang kita selisih. Rasa tenang. Percayalah. Kadang-kadang saya amalkan jugak.. Nak tenangkan diri sendiri :D
4. Sentiasa merendah diri. Salah satu 'terapi' yang baik untuk merawat Qalbun Maridh. Anggaplah diri banyak kekurangan.
5. Hiasilah diri dengan sikap pemaaf. Berusahalah melatih diri untuk berlapang dada dan memaafkan. Jauhi sikap pemarah. Sama-sama ambil iktibar dari Hadis 16 dalam koleksi Hadis 40: Seorang lelaki berkata kepada Rasulullah SAW, "Berilah nasihat kepadaku", Nabi SAW bersabda, "Laa Taghthab", dan Rasulullah ulang beberapa kali, "Laa Taghthab". Yang membawa maksud "Jangan Marah". Jadi, jangan marah-marah.
6. Sentiasa hadiri majlis ilmu. Bukankah dalam majlis ilmu akan ada barisan malaikat yang akan mengampunkan dosa. Jadi, hadirilah majlis ilmu. Tapi, betulkan niat. Hadiri majlis ilmu untuk keredhaan Allah SWT semata-mata ok?
7. Jangan tinggal ibadah. Samada ibadah khusus ataupun ibadah umum. Ibadah khusus ini terbahagi kepada dua, samada yang wajib mahupun sunat. Perbaiki yang wajib dan tambahkan yang sunat. Manakala ibadah umum ni adalah apa-apa yang kita lakukan dengan niat kerana Allah, moga-moga dikira sebagai ibadah.
8. Hiasilah diri dengan sifat ikhlas juga. Lakukan sesuatu ikhlas kerana Allah semata-mata.

Fainaa Tadzhabuun... Kemanakah anda akan melangkah????
Tidak ada komentar:
Posting Komentar